Friday, September 2, 2011

Cepatlah sembuh !

Salam readers,

Buat My Yellow Sunshine tersayang, sudah tentu bukan Yellow-Pages. Saya harap awak cepatlah sembuh ya. Saya rindu awak. Rindu awak ketawa-macam-orang-jahat, rindu awak buat saya marah, rindu awak nyanyi lagu Yang Terindah, rindu-serindu-rindunya ! Rindu sangat. Jadi, saya doakan awak cepat sembuh, cepat sihat, agar kita boleh berjumpa minggu hadapan. Saya sayang dan cinta awak, macam selalu.



Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia. Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu. Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?
Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah. Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.

Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.

Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.



P/s : Diberkati dan diredhai, InsyaAllah. Amin.


Much Love,
Elle Nyna.