Tuesday, August 23, 2011

Day 23.

Salam readers, 

Hari ini hari ke-23 kita berpuasa. Tak sangka, semakin hari semakin dekat kedatangan Syawal. Tapi, pelik. Tiada perasaan hendak raya. Yang saya tahu, saya mahu balik Shah Alam selepas raya ini. Permulaan semester baru, tekad untuk cuba kekalkan prestasi 4 flat. :) InsyaAllah, kalau niat kita betul, dapatlah lagi merasa 4 flat. Hehe.

Alhamdulillah, hari ini hari yang bahagia, as always. Mama cuti sakit. MC. Kesian mama. Tsk Tsk. Kad raya telah dihantar dengan jayanya ke Nationwide Express. Walaupun sekeping kad raya sahaja yang saya hantar tahun ini, tapi, EFFORT untuk hantar kad raya, berhasil juga. Terimalah kad raya yang tak seberapa daripada Elle Nyna buat awak, Sunshine. 

Hari ini ingatkan hendak beli barang-barang untuk buat biskut raya, tapi harapan tinggal harapan. >_< Bawa kereta mama, rasa tak berapa selamat nak buat side parking. I am very weak in doing side parking. What a pathetic LOSER I am. Lagi-lagi kereta Auto. Memang tak cekap. Fuh. 

Abaikan sahajalah apa orang kata, selagi kita tahu apa kita mahu dalam hidup ini. AT LEAST, kita tahu apa yang kita MAHU, itu adalah lebih baik. Ye tak ?

As usual, hari ini on the phone almost like 24/7 dengan Sunshine. Adalah salah faham sikit semalam. Itupun sebab my blackberry suddenly appeared SOS. 10 minutes, with 2 restarts. First without taking out the simcard, and  still, after second time trial, baru appear My Celcom. What a day. Tapi, takpe. Sebab masing-masing sudah minta maaf. Okaylah, kita bukan mahu gaduh, kita mahu yang indah-indah sahaja. Heee.

Saya sayang blog saya. No matter what happen, the blog will keep running as usual. I won't take it for granted to shut it down. Heh.

By the way, get well soon, Alia.


Bye, for now.


Love,
Elle Nyna