Thursday, August 18, 2011

#4 Sunshine




Hey Sunshine, I love you. You know that always right ? (: Thanks for the call. I appreciate it.

; Let bygone be bygone

Salam readers,

Things happen for a reason. 

So you believed in KARMA ? What goes around comes around ? No. I believe in Qada' an Qadar. So, you may say anything what you like, as if you act like GOD. You can never know the future

I believe in Allah s.w.t. I have faith in Allah s.w.t. 

Yes, I fall for him. Allah s.w.t takdirkan aku bertemu si dia. Dan aku yang memilih sendiri pilihan itu. Kita ada banyak pilihan, samada untuk terus kekal dengan pilihan itu atau mengubah pilihan kita. Tambahan pula, aku sendiri tidak pernah hendak jatuh cinta pada seseorang. Selama ini, aku hanya menerima cinta orang. Tapi kali ini, biar aku sendiri yang memberi cinta aku. Risiko terluka ? Argh! Kalau aku gentar terluka, aku tidak akan ambil pilihan ini. Dilukakan oleh keluarga sendiri, cukup-cukuplah sakitnya. Boleh lagi sunshine aku buat lawak at that moment. Lepas itu, boleh pula Sunshine tanya, "You dah cermin dah?", aku pula melayan, "dah". Then terus berhenti menangis. Cinta, confirm akan ada perasaan terluka, kecewa, sedih, tapi walaupun semua itu wujud, atas dasar cinta jugalah, kita bahagia. Cinta kalau kita yang corakkan menjadi lebih ceria, bahagia, dan indah, maka kita akan rasa kebahagiaan itu. Asalkan dua hati ini saling menerima kelemahan dan kelebihan masing-masing sebaik mungkin. Tapi sedarlah, sekali cinta itu pergi, kau cuba macam mana pun, cinta itu tak akan datang balik. Jadi, tolong jaga hati orang yang kita sayang sebaik mungkin. Mungkin kita tak sedar, marah macam mana pun kita pada seseorang itu, kita ada hati untuk dijaga. Belajar untuk tidak pentingkan diri sendiri. Opah, this is for you. I love you so much.  

By the way, berlalu sudah luka yang pernah ada, telah dibuang jauh-jauh, and berkat dugaan yang aku terima, Allah s.w.t berikan aku result yang membahagiakan. Berkat aku dan dia. Terima kasih, ya Allah s.w.t. Allahuakbar.

As I have promised to Sunshine, I won't remember my past. Enough is enough. Thanks sunshine, selalu buat diri ini terasa indah untuk kamu.

Alhamdulillah, buat masa ini, aku bahagia dengan dia, dan aku akan sentiasa berdoa yang aku akan bahagia dengan dia. Kalau pun sesuatu terjadi, itu semua ketentuan-Nya. Siapalah kita untuk menentukan dengan siapa masa depan kita ? Kita hanya mampu berusaha untuk teruskan hubungan ini, menguatkan cinta yang ada, dan teruskan berdoa, finally, tawakal. Walaupun dia bukan boyfriend saya di dalam Facebook ;) No such thing as "In a Relationship with ___" Belum lagi officially, someday, somehow. Entah bila baru boleh declared. LOL. 

"Relax dulu, dah stabil baru boleh declare," getus hati aku.

Oh ya, tak sabar nak balik Shah Alam. ^_^ HAPPY FOR THAT. YAY. SUNSHINE, NAK DUIT RAYA


Day 18

Salam readers,

Tiba-tiba teringat nak taip apa. Hari ini hari ke 18 kita berpuasa. Motif entry hari ini sebab Sunshine baru tanya, 'You tak beli baju raya?'

What's on my mind ?

Apa yang saya tiada, orang lain ada.

Orang lain yang ada boyfriend/girlfriend/tunang, mereka masing-masing ada baju warna yang sama sebab beli sama-sama. Tapi saya, saya tak pernah rasa pun perasaan itu. Apa perasaan dia yer ? Seronok ey ?

Orang lain ada baju baru yang cantik sangat, tetapi saya hanya mampu mengagumi, 'cantiknya'.

Orang lain dapat duit raya banyak sampai RM1000, saya hanya mampu cakap, 'alhamdulillah, rezeki kamu'.

Mereka yang ada opah lagi tahun ini, mereka akan ceria, seronok sambut hari raya, saya pula masih teringat 9 bulan lepas, bila raya ada opah. Ada juga yang melawat opah mereka dekat rumah orang-orang tua, tak balik langsung, tak ingat orang tua di kampung yang mengharapkan anak mereka pulang. "Pulanglah di hari Raya".

Orang lain gembira di hari raya, bermaaf-maafan, gelak ketawa, makan kenyang-kenyang dulu, tetapi perkara paling utama tahun ini, ke masjid, dan menziarahi kubur arwah opah, lepas itu baru makan. Tiada rendang opah, lemang dan juga tiada kuih opah lagi. T-T Rindu sangat pada opah. Yang paling utama, tiada saudara mara pun akan berkunjung ke rumah, sebab opah tiada lagi. Apa lagi, kepada kawan-kawan saya, LAWN ingin saya jemput kamu bertiga berhari raya di rumah saya. Alia, as usual. Kalau cuti lebih, spend some extra night at my home. Wanie, kau tak pernah beraya pun rumah aku. Okay, fine. Kawan dari darjah 3, tapi ini yang kau bagi ? HAHA. Lyn, as always. (: Kalaulah sunshine saya boleh datang rumah saya, kan best. Hari raya saya jadi lebih bermakna. 


Apa yang saya rasa, orang lain tak rasa

Perasaan sedih sebab opah saya tiada.

Perasaan gembira sebab saya akan balik ke Shah Alam jumpa sunshine. Time is running so fast you know ! Indahnya hari-hari saya bersama kamu. InsyaAllah. 

Kecil hati, sebab tak mampu nak beli sepasang kasut untuk hari raya, macam selalu. *Boring*

Terasa sebab bulan puasa tak sempat jumpa sunshine. Buka puasa dengan dia pun tak sempat. Takpelah, think positive. Kalau panjang jodoh, kahwin nanti, hari-hari buka puasa dengan dia. Okay, fine. Itu lagi afdhal.

Saya gembira, sepanjang bulan puasa ini, until now, cinta saya untuk dia, cinta dia untuk saya, Alhamdulillah. Ku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi. Alhamdulillah sekali lagi.

Harapan saya

Semoga hari-hari yang mendatang, saya dapat teruskan kesederhanaan saya di dalam kehidupan saya. Tak perlu bercerita, sembang bagai kau anak jutawan. Because, life is short, gunakanlah sebaik mungkin. Nyawa yang diberi Allah s.w.t cuma sekali, dan ianya sekadar pinjaman. Pada-Nya jualah kita kembali.




P/s : Bismillah, saya doakan sunshine selamat perjalanannya ke mana saja pun dia pergi, dia berada. Amin