Monday, August 15, 2011

Day 15.

Salam readers,

"Alhamdulillah"

Ucapan yang singkat dan penuh makna bagi saya. Yelah, saya perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang saya miliki kini, supaya saya tidak lalai dan leka di masa hadapan. Saya bersyukur dan lega, saya menemui dia. Siapa dia, insan yang saya baru kenali itu. Semua orang ingat dia misteri. Sengaja buat-buat misteri. Sebab takut kecundang. Misteri bagi orang ramai, tetapi tidak bagi saya. Genap sudah 6 bulan kami bersama.


Mengenali dia kali pertama, mungkin ianya telah tertulis dan ditakdirkan. Kalau kita ada rakaman video yang menunjukkan saya dan dia bertemu, memang nampak 'takdir' yang telah tertulis. Percaya pada rukun Iman yang ke-6, Percaya pada Qada' dan Qadar. Semuanya telah tertulis, bukan ? Dan saya belajar menerima semua itu. Saya hanya mampu berdoa supaya saya dan dia tidak terluka, tiada yang kecewa, dan biarlah ianya berakhir dengan perkahwinan yang bahagia sehingga akhir hayat. Siapa tak gusar jika ianya angan-angan semata-mata ? Mana ada perempuan yang berusia 23 tahun, mahukan hubungan yang seakan-akan dongeng, yang tiada masalah, yang tiada salah faham, tipu semua itu. Saya mahukan kepastian yang dia juga berharap semua ini akan berakhir dengan gerbang perkahwinan yang bahagia. InsyaAllah.


Saya pula asyik menafikan, adakah saya sudah jatuh cinta dengan si dia. Memang saya akui, saya terus menafikan, sampai satu masa, saya tidak rasa saya masih boleh berselindung dan menipu tentang perasaan saya. Dan akhirnya kini, saya dan dia, kekalkan persahabatan yang dimulakan dengan penuh keikhlasan.  Kalau diikutkan ianya agak kelakar. Entah bagaimana semuanya begitu indah, walaupun dasar dirinya seorang yang panas baran mampu berubah kepada my Mr. Cool. Terus terang, dia memang memenuhi ciri-ciri seorang lelaki yang saya inginkan dari dulu. Saya ingat tak akan wujud lelaki begini, yang mampu melindungi saya, menjaga saya sebaik mungkin, dan ya, saya rasa selamat disampingnya. In short, 'aku nampak diri aku di dalam diri dia', begitulah. ;) Just imagine, I was hungry, and saya bagitahu dia, "U, lapar..," dan si dia akan masakkan sesuatu untuk saya, ataupun kalau saya tak bagitahu pun, dia akan belikan saya makanan, dan kami makan bersama. Kalau kami mengalami salah faham, dia akan cool sendiri. The best moment, ada satu malam yang kami ada konflik, tiba-tiba dia text saya, mahu jumpa. In my mind, sudah tentu dia hendak sambung marah, tapi ternyata tanggapan saya salah. Rupanya, dia bawakan saya semangkuk mee goreng. :) Sweet sangat. Dia seorang yang romantik, sweet tapi semua yang si dia lakukan adalah spontan. Okay, jangan puji banyak sangat. Cukup sampai di sini sahaja ya ? ;)


Dimulakan dengan persahabatan yang ikhlas, tak sangka pula disambut mesra oleh si dia. Haha. Okay fine fine. Apapun, saya doakan sempena 6 bulan kami bersama ini, persahabatan yang ikhlas ini, kekal sehingga akhir hayat kami, InsyaAllah. Amin.

Semalam, (14 August 2011, Sunday) hari yang begitu menarik. Gelak ketawa terbahak-bahak, we both nyanyi lagu Yang Terindah by DakMie, but then, I said Hello sampai empat kali, I don't know that he was recording my voice too. Suka hati nyanyi lagu itu sampai habis. And then, dia play. Memang malu teramat sangat. Sebab salah lirik. Nyanyi kuat pulak tu. T-T MALU SANGAT. Lepas itu yang paling malu, suara annoying sudah keluar. Itu yang jadi bahan sampai tak boleh nak dengar suara sendiri. Euuw, gedik sangat. Serious. Saya suka lagu ini, sebab ianya sangat bermakna. Sunshine saya suka nyanyikan lagu ini untuk saya, selain lagu-lagu ini : Sofea Jane, Bukan Cinta Biasa dan Terima Kasih Cinta

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Dear Sunshine, I love you always . This I promise you.

It has been a long time I've been away, and I am now, refreshing my skills in blogging, updating my routine, I will blog anything that I think it is necessary to tell. I am sorry if I annoyed / bored you guys with my series of love stories. Well, it doesn't seems so wrong if I blog about me, myself, him, LAWN and family. I don't have time to blog about other people. Not to say, I am stupid to tell everything, or look dumb to tell my privacy. Well, this is my blog once again. I have the right to share my own happiness, and yes, he reads my blog always. Thanks sunshine, for brighten my days.


Berikut merupakan ciri-ciri Sunshine saya yang baik hati:

1. Share duit sama-sama untuk makan berdua. Means, kami sama-sama tak berkira. Dia tak berkira. Hehe
2. Time dia sakit saya ada. Begitu juga time saya sakit, dia ada. Kalau saya tak demam lagi pun, dia terus paksa saya telan Panadol. Okay, fine. Nangis pun sama-sama. Okay, itu memori indah.
3. Setia sangat. ^_^
4. Senyuman Sunshine yang menawan hati semua orang.
5. Pernah cuci toilet untuk seorang gadis comel.
6. Mengajar saya bela ikan.
7. Kalau dia marah, saya cool. Kalau saya macam marah, dia pula cool. Haha. Terbaik.
8. Dia prihatin. Semua yang dia tegur, memang logik dan boleh diterima pakai. Nasihat dia, saya dengar.
9. Saya cikgu, dia anak murid. Dia cikgu, saya anak murid. Macam itulah.
10. Apa saja dia nak buat, dia tanya saya. Macam itu jugak lah saya. Saya tak boleh tipu dia, nanti confirm kantoi. So baik jangan tipu. (Ingat itu, Elle Nyna)
11. Dia amat memahami saya. Dia cuba jaga hati saya. Saya pun nak juga jaga hati dia.
12. Kalau saya merajuk, 10 saat. Tapi kalau dia merajuk, 1 jam, dia akan baik pulih selepas tidur selalunya. Kalau masalah itu berat, dia tak dapat tidur, dia akan fikir, fikir dan fikir.
13. Dia cermat.
14. Pembersih.
15. Apa saja benda saya bagi, walaupun sehelai kertas biru, contengan apa saja pun, dia simpan sebagai kenangan. (Memang macam perangai saya)
16. Dia jadi Mr Cool selepas mencintai gadis comel itu. Hahaha.
17. Dia suka bawa saya jalan-jalan pergi tepi tasik, makan donut sama-sama. Kalau beli 6 biji donut, 4 donut saya makan, lepas itu dia akan cakap, '4 donut you makan, I makan 2 je'. More and Less. Kalau tak lalu makan, apa susah. BURUNG GAGAK kan ada ? Dia pernah dapatkan saya Puting Beliung, dragonfly ; pepatung. Sayang dia sangat. Sweet like candy.
18. Dia suka bawa saya tengok ikan.
19. Movie pertama kami tengok : I AM NUMBER FOUR, dan dia sukakannya.
20. Sangat Mencintai gadis comel itu.


Love,
Elle Nyna.