Friday, August 12, 2011

; Soal Menjaga Hati

Salam readers,

Ya, mulai hari ini saya akan lebih bersungguh-sungguh menjaga hati sunshine. Saya tidak mahu hancurkan hati dia. Saya harap orang lain dapat faham, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga hati dia. InsyaAllah. Justeru, tolong jangan buat sebarang perkara yang boleh lukakan hati dia (Ingat tau Elle Nyna). Sekian, Terima kasih.


Love,
Elle Nyna

; Opah saya.

Salam readers,




Previously, hari raya merupakan hari yang paling menarik, seronok untuk saya tunggu. I can't wait for that moment. Tapi, kini tidak lagi. Sedikit perasaan untuk menyambut hari raya, tak kunjung tiba seperti selalu. Tiada lagi suara opah menjerit, "Nina,Nina, tolong opah buat kuih kat dapur", "Nina,macam mana nak guna mesin basuh ni", "Nina, tolong opah jap", serious rindu. Tiada lagi bunyi masakan opah, tepat jam 4 am dan 4 pm, confirm opah akan pergi dapur dan siapkan juadah bersahur ataupun berbuka. Of course, saya bersama opah sejak saya dan adik-adik lahir ke dunia ini. So, can you imagine how hard it was when once we lost our beloved people ? Tapi, takpelah. Kepada Allah s.w.t jualah kita akan kembali, saya redha.

Bila terkenang, air mata tak akan berhenti mengalir. Teringat lagi opah, setiap kali saya dapat keputusan cemerlang, opah mesti bagi hadiah dalam bentuk wang ringgit (RM). Opah juga yang hadirkan diri untuk lihat cucu dia mengambil hadiah untuk hari anugerah cemerlang, persembahan nasyid, aktiviti di masjid yang cucu dia sertai, di sekolah agama rakyat. Almaklumlah, rumah dekat dengan sekolah dan masjid. Mama and daddy, sibuk mencari rezeki, tatkala itu aku memang full time berada di rumah opah ketika itu. Dibesarkan, disuapkan makan dengan tangan seorang nenek tersayang. Bertuah sungguh saya memiliki opah yang cool sangat.

Opah sangat mengambil berat hal ehwal adik beradik kami, sehinggakan dia begitu bangga bercerita tentang adik-adik saya, dan saya belajar di mana pada jiran-jiran. Itulah opah. Bukan riak, tetapi itu mungkin topik perbualan orang tua-tua di waktu pagi. Bergosip barangkali. Opah sangat penyayang. Kesian opah. Tak tergambar perasaan seorang ibu jika memiliki anak-anak yang pentingkan diri sendiri. Dari situ, saya belajar tentang kehidupan. Sejak saya dibesarkan, saya mengenali erti pengorbanan, terluka, konflik yang hadir dalam hidup manusia. Sebab itu, bagi saya kini, jika saya memiliki masalah, saya tidak akan sesekali nampak tertekan, kerana saya tahu banyak lagi masalah lagi besar akan muncul yang harus saya tempuh dikemudian hari. Hanya kepada Allah  s.w.t tempat kita mengadu dan meminta.

Semasa di Columbia Asia, selepas check up everything. Opah diletakkan di suatu sudut, opah bertanya tentang saya. Saya terus jumpa opah. Memandangkan dalam tempoh seminggu itu, saya berulang-alik dari Ipoh ke Taiping untuk menziarahi opah, ya Allah, hanya Allah sahaja tahu keadaan saya ketika itu. Mama, Daddy saya, adik-adik semua mendoakan yang terbaik untuk opah. Tapi, bila doktor pakar cakap, 'its too late, and its the final stage, hanya buat dia gembira', hancur perasaan kami ketika itu. Kawan-kawan memberi semangat. Tetapi, semangat itu takkan ada. Dalam hati berkata, 'Setiap orang pasti akan mati'.

Opah saya sangat baik. Opah tidak pernah sesekali berkata buruk tentang orang lain. Apa sahaja, dia akan pendam dan simpan di hati. Adakala mama tegur juga, bukan apa, bila kita terlalu memendam perasaan, kita yang sakit. Kasihan opah. 

Ayat terakhir yang saya dengar, bila bercakap dengan opah ketika saya memicit2 badan opah, kerana opah sukar untuk tidur, akibat penyakit yang opah hadapi. Opah mengalami sesak nafas, disebabkan kerosakan hati (Liver Failure). Ketika itu, jam 2.30 am -3.30 am saya memicit2 opah, opah berkata, 'Sudahlah Nina, opah ni susahkan korang je", Ya Allah, tak terbalas jasa opah besarkan kami, takkan dengan  ini opah kata kami susahkan opah. Tak, opah, Tak. 

Dan saya rindukan opah. Rindu sangat. Rindu teramat sangat. Masih lagi teringat dahi opah yang sejuk seperti ais saya kucup ketika itu. Sekujur badan yang kaku. Yang tak mungkin akan kembali. Deep inside my heart, I always pray for you opah. Saya selalu doakan opah ditempatkan golongan-golongan beriman.  Amin.


Terima kasih tak terhingga, saya ceria semula kerana dia, sunshine, thank you so much . Having you in my life menceriakan hidup saya. 



Semua gambar-gambar ini hak milik peribadi saya. (: Please don't use it to show to others and claimed that they are together now or whatever. Sunshine is my best friend. Sebelum jadi pasangan kekasih, kenalah bersahabat dulu. Takkan baru kenal, terus couple. Kan Sunshine ? WE don't want to do the same mistake. Kenal dulu, baru boleh cinta ;) Tapi hendak buat bagaimana, cinta itu datang tanpa kami sendiri sedari. Heee. Apa nak buat, sudah ditakdirkan kami bertemu, dan alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami ditakdirkan berjumpa, dan saling melengkapi.

By the way, this is my personal blog, and semua tentang saya, dia, keluarga saya. So, please, NO OFFENCE. Kalau tidak suka, jangan baca. Lagipun, tidak salah saya blog tentang orang-orang penting (VIP) in my life. Sorry to say, I don't want to talk about others. Because I don't judge, I listen, and I speak up.

To Sunshine : You, you look good and handsome bila pergi kelas pagi tadi. Sangat kacak. SUKA. ^_^ Tapi you tu koya lah, boleh pula tanya siapa dapat you, mestilah I kan, KOYA. :P

#3 Sunshine


Salam readers,

Alhamdulillah. Bahagia dengan awak ! Terima kasih untuk spending your time cakap dengan saya sampai kita tak sedar dari pagi tadi hingga malam, kita bercakap-cakap. Awak buat bunyi binatang. Banyak. :p Haha. Sweet. Saya harap persahabatan kita akan kekal, hingga akhir hayat. Cinta yang terbina antara kita mampu membuat persahabatan kita makin erat. Kita berdua tahu apa yang kita rasa, dan cukuplah bagi saya jika awak tahu kenapa saya pilih awak. (: Suara awak terbaik bila time azan, amboi-amboi, mentang-mentanglah tak boleh sabar nak waktu berbuka. Sampai nak azan sendiri tak ikut waktu. 

Tak sangka awak baca blog saya selalu. Hehe (: Hargai semuanya, setiap detik. Setiap anniversary persahabatan kita, awak mesti buat yang terbaik. Begitu juga saya. Mesti ada surprise. Heee (: Suka sangat.



Saya suka cerita tentang dia. Dia yang buat saya tersenyum sehingga kini. Dia yang buat saya bahagia. |SUNSHINE|

Oh ya, pertengkaran menjadi asam garam bercinta, yang pasti, kita perlu belajar untuk menerima dan saling melengkapi. Cinta saya, ternyata untuk dia. Saya akui, saya tidak pernah kejar sesiapa sebagaimana saya kejar dia. Kejar kebahagiaan saya. I love you, forever. InsyaAllah. Seandainya dia ditakdirkan untuk saya, saya sangat gembira ! Kalau dia bukan, saya kena belajar menerima Qada' dan Qadar. 

Awak, sama-sama doakan yang terbaik untuk masa depan kita ya . (:

"CINTA adalah anugerah ALLAH s.w.t, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang" (:

Love,
Elle Nyna