Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan ke-3

Salam readers, 

Hari ini hari ke-3 ramadhan. How's your fasting so far ? I'm doing good, even though confronted with gastric, but I am strong enough. Like Sunshine always said, 'you're strong'. Yes, I am. Like a tiger, right ? *Rindu biskut tiger susu*


Okay, fine . Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar di antara saya dan sunshine. Saya masih gembira, dan lama-kelamaan saya rasa cool sungguh dapat berkawan dengan dia. Tau sebab apa ? Kalau gaduh, 'aku dan kau', 'wa dan lu', menjadi salah satu bahasa diri yang terbaik bagi kami. Well, that's good as for me. No hurt feeling, no crying, sebab orang cakap, sudah lali. ;)

Puasa kali ini agak berlainan dengan puasa-puasa sebelum ini. Kalau dulu, opah ada. Kini, tiada lagi. Bila bersahur, rasa lain pula. Sebab selalunya, opah memang bangun paling awal, goreng telur lah, panaskan lauk lah, rindunya pada arwah opah. Begitu juga berbuka puasa, memang meriah. Opah masak macam-macam. Berselera sungguh kami adik-beradik makan. Tetapi, kini tiada lagi. Kalau opah ada lagi, sempatlah opah tengok cucu-cucu dia konvokesyen. Erm, tapi kita tidak boleh menggunakan seandainya/jika/kalau , bukankah ia akan membuka pintu bagi gangguan syaitan ? Kita yang hidup ini perlulah teruskan hidup. 24 August ini genaplah 8 bulan opah meninggalkan kami semua. Memang rindu sangat, dan saya akan terus sedekahkan Al-fatihah kepada opah, tanda saya rindu akan opah.