Thursday, December 29, 2011

Its a skill.

Salam readers,


Tak semua orang mampu menarik perhatian dengan penulisan blog mereka. Termasuklah saya. Saya bukan seorang blogger yang terbaik, yang mampu menarik perhatian semua orang untuk membaca hasil penulisan saya. Whatever, saya suka menaip disebabkan kemahiran saya di dalam bidang ini. Walau apa pun, saya suka baca blog yang kemas, tulisan yang mudah dibaca, gambar-gambar yang tersusun rapi, susunan tulisan yang bukan sekejap kecil, sekejap besar, atau tambahan huruf 'w' setiap kali end of words, juga,  combination warna yang tak terlalu over. Saya seorang yang sukakan warna hitam dan putih. Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang Lawyer. Tapi tak kesampaian, mungkin kerana tiada rezeki di bahagian itu. Boyfriend saya sangatlah bertahan dengan perangai saya yang suka argue / berdebat untuk suatu hal yang sebenarnya kecil. Masing-masing ada hak untuk bersuara. HAHA. So, Sunshine dan saya memang suka argument. Memang dia garang, tapi dalam garang dia, dia baik hati. Dia, sweet. ;)


Berbalik pada topic tadi. Sebenarnya, in my point of view, apa yang kita tulis menggambarkan diri penulis itu. Saya tak mudah terpengaruh dengan other bloggers, misalnya, kalau blogger itu hendak tulis pasal seseorang, dia juga nak buat benda yang sama. Sebenarnya, ia terpulang pada interests masing-masing. Ada blogger suka tulis resipi, lifestyle, movies, clothes, etc. Nahh, it depends on you. Saya macam biasa, masih di sini, mencatat harian saya, merekod apa yang patut, supaya saya tak lupa diri, saya ingatkan diri saya selalu yang saya juga tak sempurna, saya buat silap, dan dia ada bersama saya untuk betulkan kesalahan saya. Like I said, saya terima dia, kerana saya mahu dia untuk sepanjang hayat saya. InsyaAllah, kalau jodoh kami panjang, kami akan bersama. Dan tak payah pelik, bagaimana dia boleh cintakan saya, kerana, cinta itu hadir tanpa kita sendiri sedari. :)


Ku melihat dan memerhati
Alami sendiri apa yang pasti
Bukan sekadar fantasi
Tapi realiti
Ternyata sekali
Hati aku telah dimiliki
Oleh si Lelaki
Yang menjadi
Pembimbing Rusuk Sang Puteri
Luruskan aku 
dengan cara yang diredhai
Didiklah aku 
dengan panduan-Nya
Bila tulang rusuk patah
maka rosaklah jantung, hati dan limpa
Lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan 
tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin ku menuju Allah 
pimpinlah diri mu dahulu kepada-Nya
Cinta, itulah cinta.

Buatmu, ElleNyna, 29 Disember 2011.



Akhir kata, Saya bukan penulis yang baik. Betul, tak tipu.



Much Love,
Elle Nyna.

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday

Nothing gonna change my love for you, Sunshine


I love you, that's a fact. I hate you, that's a lie.

Sorry, really busy

Salam readers,

Sudah lama sangat rasanya saya tinggalkan blog saya. Almaklumlah, terlalu sibuk. But, so far, semua test telah dilaksanakan dengan penuh kejayaan. I am such a good girl to him. Ye lah, after dapat kedua-dua test International Banking and Investment, 51/55 for Test 2, and 25/30. for Test 1 Alhamdulillah. Thank you to my best boyfriend, sebab kalau dia tak marah, confirm malas study. Tehehe :) InsyaAllah, diharapkan segalanya berjalan dengan lancar.

24 Disember 2011, genap setahun pemergian opah yang tersayang. Hari ini baru sempat hendak update. Alfatihah buat opah. Kesayuan itu masih ada, sebak pun masih tak hilang lagi. Tapi Allah s.w.t hadirkan si dia, untuk saya. Syukran. Pada-Mu ku berserah segalanya.

He's not perfect. To be honest, dia tak sempurna. Mana ada manusia sempurna di dalam dunia ini. Tapi saya nampak dia sempurna, dan jika ada kekurangan pada diri dia, saya anggap kelemahan yang ada sebagai suatu kekuatan juga kelebihan yang dia miliki. Memandangkan saya seorang yang 'protective', bersikap melindungi, menjaga hati orang, walau sedikit pun saya tak pernah hendak hina orang lain, tak pernah hendak bandingkan orang lain, dan saya paling tak suka orang membandingkan orang yang saya sayang dan cinta, dengan sesuatu perkara yang tak relevan langsung. Misalnya, saya bagi contoh.

Tadi, I jumpa mak Jacob, mak dia cantik lagi dari emak you.


Kalau bab perbandingan begini, saya tak berapa suka. Saya harap spesies ini cepat sedar, supaya tak lah pupus ditelan zaman.


Okay, beralih pada topik lain. Hari itu Sunshine ke Melaka, maka, saya duduk diam-diam di rumah. I am a good girl, tapi tak lah good girl sangat. Malam-malam, pergi Jusco Bukit Raja teman KekNis tengok Alvin Chipmunk tu. My comment is : Awww, Theodore is so cute ! :) Thanks KekNis belanja saya. :D

Hai, I'm Theodore. Saya suka makan, Elle Nyna lagi kuat makan. LOL

Kemudian, on Sunday, 25 Disember, Sunshine balik. Lepas itu, terus sahaja sampai, dia ajak saya ke Carrefour. We bought groceries only. Dah macam orang berkeluarga. Tehehe :) Lebih kurang 2 jam sahaja saya jumpa dia. I do miss him. Okay, cakap pasal rindu. Tak boleh lebih-lebih sangat, nanti melalut macam mak nenek, make it simple and sweet. 


Fer, I love you, Always love you, and nothing gonna change my love for you, I miss you day and night. This I promise you.

Itu kalau nak yang sweet sahaja. Kalau dah rindu melampau macam monster nak telan orang, confirm semua tu bertukar jadi lain. Contoh :

Kau, cepatlah balik. Aku rindu kau lah. Takde selera nak makan. Boring gila. Tau ke tak aku rindu kau ?

Haha. Itu lagi sweet, perhaps.


Fine. Tukar topik lain. Then, kami ke JJ Bukit Raja on Monday. Watching Sherlock Holmes. Before that, memang kami plan tak jumpa pun on that day. But saya tak rasa saya boleh makan kalau dia tiada. Hmph. So, I call him, and at that moment, he's driving, ditemani sahabat dia. Saya cakap, saya nak makan, tak makan lagi. But then, saya terus nak datang sana, jumpa dia. Finally, ingatkan nak datang tengok muka dia sahaja sambil makan, but it ends up dengan Sherlock Holmes. Thank you. 

He knows that, by hook or by crook, I will try my best untuk jumpa dia. Saya akan cari juga sebab untuk jumpa dia. Betul tak John ? Alahai. Banyak sangat nama kau.

Topik terhangat di pasaran, cemburu / jealous. Sebenarnya, istilah cemburu tu tandanya sayang, ikut situasi lah. Kalau cemburu buta, sampai nak pukul, baling-baling kuali periuk sebagainya, itu bukan sayang, itu bangang namanya. Hati seorang perempuan, hati seorang lelaki. Apa yang sama ? Perkataan HATI, dan apa yang berbeza, Jantina. Jadi, sebagai seorang perempuan, saya memandang dan melihat perspektif cemburu itu sebagai tanda sayang. Back to basic. Tengok situasi dan keadaan. Tapi, kalau dasar dengki semata-mata, seolah-olah tak boleh hendak melihat orang lain lebih sikit, itu namanya busuk hati. Okay, fine. Terlalu banyak memberi gambaran, dan data data terperinci. Saja bermonolog dalaman. Biarlah, hati saya, saya dan Allah s.w.t yang tahu. 



“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.-” (Riwayat Ahmad)

Alhamdulillah, dia dikelilingi oleh sahabat yang baik akhlaknya. Maka, begitulah cara saya mengenali si dia.

Suasana adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam mendidik seseorang. Sahabat juga. Orang kata, nak tahu kita macam mana, cuba tengok kawan-kawan kita. Kalau kawan-kawan kita baik, dikelilingi orang yang rajin solat, rajin mengaji, insyaallah kita juga akan terdorong melakukan perkara yang sama kerana kita terkesan dengan perbuatan mereka.


Dan Terima Kasih Allah s.w.t kau hadirkan dia untuk aku. Aku percaya, Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk kita, dan Allah s.w.t mengajar kita melalui kekecewaan, dan dengan kekecewaan muncul sinar kebahagiaan :)





Much Love,
Elle Nyna.



Aishiteru.

Thursday, December 15, 2011

Moody

Salam readers,


Mood tak berapa nak okay. Since last week. Tension, test berturut-turut. Entah. I wish I can smile sepanjang hari, jadi, saya tak akan buat si dia risau, mahupun terasa.



Sendirian Monolog Dalaman.

Buku Fiqh. Sikit pun aku tak sentuh, sikit pun aku tak baca. Yang bermain-main di minda aku ialah, ke mana arah tuju aku, ke mana haluan aku, ke mana destinasi aku kelak. Aku sendiri tak pasti. Aku sendiri goyah melihat kepelbagaian corak permainan manusia yang variasi karenah mereka. Yang buat aku kuat untuk teruskan belajar ialah, kedua ibu bapa aku, dan si dia, yg juga sebahagian dari masa depan ku. Demi masa depan aku sendiri. Tak kan aku nak biarkan anak-anak aku makan macam Kais Pagi, Makan Pagi, Kais Petang, Makan Petang?

Bagi aku, kalau kita hendak belajar, kita cuma perlu betulkan niat kita. Bila niat didorong oleh usaha, dan usaha disulami dengan doa. InsyaAllah, segalanya berjalan lancar. Ya, kita perlukan seseorang untuk mendorong kita untuk berjaya. Pendorong terbesar aku sudah tentu, kedua ibu bapaku, yang tak pernah putus-putus mendoakan anak-anaknya berjaya. Kedua terbesar, sudah tentu si dia, Sunshine. 

Aku nak bahagiakan mereka. Itu janji aku.


I love you so much, sunshine :)

Love,
Elle Nyna.

Tuesday, December 13, 2011

Genap 1 bulan dan 10 bulan bersama


Salam readers,

First of all, Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, entah kenapa rasa kekuatan itu masih ada untuk terus berblog, terus update, tehehe. Genap sudah 1 bulan, saya berstatuskan girlfriend dia, juga 10 bulan kami bersahabat. Yang ternyata, kami amat bahagia bersama, alhamdulillah.


Awak tahu tak, genap 10 bulan, dan juga 1 bulan ini, awak suka buat saya terharu. Walaupun ketika itu agak lewat untuk awak buat kejutan, tepat 1 jam pagi, disebabkan kita baru balik dari Uptown bersama Adib, lebih kurang pukul 12.20 am, so, I thought 11 Disember ini tiada surprise untuk saya, saya pun tak sangka awak akan buat surprise macam itu sekali untuk saya. Terima kasih awak, awak masih, tetap macam biasa, macam selalu. Saya sayang awak. 


Awak call saya. Ehem biasalah, Digi Easy. Call sahaja. Tiada hal. Saya ingat awak hendak tidur dah pada waktu itu. Tepat jam 1 pagi, awak datang di hadapan rumah saya, dan call saya, suruh keluar, tengok apa yang ada di luar. Saya lihat, awak tercungap-cungap keletihan, ye lah, rumah saya tingkat tiga. Awak dari blok berlainan. Awak angkat sesuatu, dan ianya berwarna pink, rupanya, ianya ialah bear yang saya tidak pernah miliki warna sedemikian rupa. Terima kasih awak. Tak pernah ada orang buat surprise macam itu untuk saya. That's so sweet. You made me smile when I blog about this, baby.


At that moment, saya terkejut. Perkataan yang saya mampu katakan ialah,

"So sweet," sambil tersenyum lebar macam kerang. Heee :) :) 

Tapi, saya tiada apa-apa yang saya hendak berikan pada awak.. (Message saya)

Dan dia reply,

Takpe, janji you bg kesetiaan you pada i, selagi i mampu, i akan cuba buat you happy selalu bersama i
(Lebih kurang)

Yes, I am happy being with you.

Saya bahagia sangat bersama si dia. To be honest, Alhamdulillah, Allah s.w.t hadirkan dia untuk saya. :)




Alhamdulillah juga, jadual exam kali ini, memberi saya sinar harapan untuk memberi yang terbaik !


Much Love,
Elle Nyna.

Wednesday, December 7, 2011

Lusa ! Lusa !

LUSA SUNSHINE BALIK SHAH ALAM. YEY YEY!

Who is your best friend.

Salam readers.


Class IE yang sangat boring. Feel like the whole semester, bila attend class, memang langsung sepatah perkataan yang dia sebut tak lekat di kepala. Bukan stupid, but you know, I cannot focus. So, setiap minit saya akan text him sampai bosan. Tepat 4.30 petang, kelas saya habis, so dia teman saya, dengan call I like almost 2 jam, while waiting for my housemates, yang ada kelas 4-6pm. 

I have no comment regarding 'BestGirlfriend'.

**********************
As for me, my very best friend is my boyfriend.


Kenapa saya cakap boyfriend saya ialah teman paling baik, sahabat paling baik bagi saya ? Sebabnya ialah, 

Kalau saya buat salah, dia akan tegur. Mungkin ada ketika saya akan terasa atau terkecil hati, tapi sebenarnya setiap teguran adalah untuk kebaikan saya juga, ye kan? Jadi, kita tak kan pendam, tak kan berkecil hati dalam suatu tempoh yang lama. Therefore, saya akan fikir, 'Oh, boyfriend I sayang I, that is why dia nasihat and tegur I'. CONTOH: Kalau dengan BFF perempuan pula, bila kawan perempuan, normally, bila BFF (perempuan) hendak nasihat BFF perempuan seorang lagi, dia tak nak dengar, and then, start la buat perangai pelik-pelik, nak tunjuk jiwa 'memberontak', seolah-olah tak cukup perhatian. Cehhh.

Boyfriend saya tak berkira. Saya tak suka orang berkira. Kalau orang itu memang berkira, bagi saya, dia dan keluarga dia bukan kaya mana pun. Pada saya dan boyfriend saya, orang yang tak berkira = pemurah. Hehe ;) Kalau orang berkira ni, semua benda nak budget, even 20 sen. I love my boyfriend sebab dia serasi dengan saya.  Just the way we are, actually.

Low Profile. He is such a good kid. Low Profile. Sebijik macam saya. I don't like to talk about what I have to my friends. Apa yang saya perasan, kalau orang itu kurang berduit, dia akan cakap macam ini,

'Dia tu kaya, tengoklah kereta dia,'

'Perempuan itu, ada orang ambil dia naik BMW,'

I don't know. I never feel like very TAKSUB, sampai perlu cerita to someone else, yang seseorang itu kaya. Kita tak perlu taksub pun, sebenarnya selagi kita mampu untuk makan, even sekali sehari pun, kita dah dikatakan berduit. 

Memanglah saya cakap boyfriend saya = bestfriend saya, sebab sebelum saya jadi girlfriend dia, dia ialah kawan, lepas kawan, kawan rapat, lepas kawan rapat -----> best friend ----> best girlfriend ----> steady girl friend. Tambahan pula, dia selalu ada time saya susah. Kalaupun dia tiada di sisi saya, dia akan selalu ada di hati saya setiap saat. HAHAHA :)) Ops :X terlebih bunga pula. heee. Maaf, maaf.

My boyfriend paling memahami saya. He knows why suddenly saya rasa macam hendak bunuh orang, saya rasa hendak bunuh semut, saya rasa hendak menangis, banyak lagi. Tak macam BFF (girl), memanglah I admit, kawan baik perempuan itu perlu, tetapi saya rasa, saya tak nak rapat sangat dah dengan mana-mana kawan perempuan yang ada. Cukup kalau ada suatu halangan yang menjarakkan saya menjadi terlalu rapat dengan mereka. Sudah terkena berkali-kali. Cukup sudah. Tapi ada beberapa kawan perempuan yang baik hati lagi dalam dunia saya,  contohnya Jehan Hashim and Marliana Roslan. :) Thanks to both of you. Jehan is my ex-roommate. Dia tak berkira. Marliana / Alia macam kembar saya. She used to stay with me masa Form 3. Like sisters. Itu sahajalah yang kekal di hati ini pun. Hehe :D


Saya tahu tak semua orang perfect. Betul ? Tapi saya lebih suka berkawan dengan orang yang low profile. Saya tak berminat nak berkawan dengan orang-orang yang suka bercakap tentang 'harta' orang lain atau 'title' mak bapak mereka. Sebab kalau nak berkawan perlukan keikhlasan. Tolonglah jangan jadi terlalu berkira, kalau kita terlalu berkira dengan orang, Allah s.w.t itu kan Maha Adil.


To be honest, saya bukan jenis menghukum orang, saya memerhati perangai orang, manusia-manusia yang adakalanya ketandusan nilai-nilai murni dalam persahabatan, saya tersangat menjaga hati orang. Adakala boyfriend saya menegur akan sikap saya yang terlalu menjaga hati orang yang tak berapa nak penting dalam hidup saya. Tapi, terus terang saya cakap, 'Biar orang buat kita, jangan kita buat orang dan Serahkan pada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui', 

jadi, saya hanya memerhati dari jauh. 




Sekian, terima kasih.


P/s : Good Luck to you. Hubby, all the best for your result. InsyaAllah, harap segalanya dipermudahkan.

Love,
Elle Nyna.

Tuesday, December 6, 2011

Percaya pada peluang kedua?

Salam readers,

Hari ini saya nak blog pasal peluang kedua. Di dalam hidup ini, setiap orang pernah melakukan kesalahan mahupun kesilapan. Eh lebih kurang sama maknanya ya? Haha. Okay, fine. Terdengar DJ Radio Fly.fm berkata,

"Do you believe in second chance?". 

Yes, I do.

Tiada orang yang sempurna di dalam dunia ini. Yang pasti, kita semua manusia, dan kita memang akan selalu membuat kesalahan. Kita ini juga manusia yang lemah, tak kan pernah terlepas dari penilaian manusia. Pada hemat saya, saya rasa sebagai manusia yang lemah, saya sentiasa percaya pada peluang kedua. Yelah, kita kan manusia, kita sendiri punyai ketidaksempurnaan itu, tak kan kita tak boleh hendak beri seseorang manusia peluang kedua untuk dia membetulkan kesalahan ataupun kelemahan dia? 


Teringat skrip public speaking yang saya hafal dahulu,


"People made mistakes, but avoid recurrence".

Manusia buat silap, tapi elakkan dari berlakunya kesalahan yang sama.


Entah, pada saya, saya percaya pada peluang kedua. :) Anda bagaimana?



Selingan : 

Kawan saya cakap, macam mana saya boleh taip selaju itu, dan kenapa saya ambil business? Kenapa tak ambil bidang yang melibatkan creativity, sesuai dengan talent dan skill yang saya miliki. Entah. Saya tak tahu. Apa yang saya tahu, belajar sesuatu yang baru. Haha :)

Saya minat Journalism. Tapi, saya rasa, saya tak cukup mahir di dalam berkarya. Tengok saja blog entries saya, semua boring, kan ? Takpelah, saya suka tulis sesuatu yang berkaitan dengan diri saya sendiri, seperti Sunshine, keluarga saya. Hehe. Kerana, kata-kata melambangkan siapa diri kita.

Serious I miss Sunshine. Banyak benda yang teringin saya lakukan bersama dengan dia, contohnya, pergi main bola guna token. Awww. Sweet. :) We shoot banyak kali sampai penat. Bola tak berangin pun ada. Aiyaayaa. Sejak dia cuti semester, saya makan sekali sehari sahaja. Berat terkini saya barangkali 43 kg. :'(

Tapi saya sedang menghitung hari. Lagi beberapa hari sahaja dia hendak pulang. Saya dah lama tunggu waktu itu. InsyaAllah, dengan harapan, segalanya berjalan lancar.


p/s : Korang tengok tak Tentang Dhia ? Hehee. Tadi ada hantu atas bumbung masa perempuan itu tengah rasuk. Tapi kan, apa kaitan dia yer?




Much Love,
Elle Nyna.

Day by day

Salam readers.

Bad Mood.


ZingCard (Touch N Go) Hilang.
Replace Tayar Kereta.
Assignment. Assignment.

T-T



I NEED MY BOYFRIEND. I need you, I need you now. :'(


Love,
Elle Nyna

Saturday, December 3, 2011

For you baby.

Salam,



First, I love you
Perasaan I pada you tak akan sedikitpun berubah. Walaupun ianya sekadar 3 perkataan, 

I love you, atau

Saya cintakan awak.

I remember, saat pertama kali I kenal you, I jumpa you, seriously, I tak pernah jumpa spesies muka macam apa yang I bayangkan sebelum ini. I bayangkan you tak kacak, so bila first time jumpa, tak lah hampa sebab you tak kacak. But actually, I tak harapkan you kacak untuk jadi boyfriend I. But, hendak buat macam mana, dah memang you kacak, so ianya satu kelebihan bagi you untuk pikat hati I mendekati you. Tapi after all, we both berjumpa at that night. At first, I don't know, kenapa I diamkan diri. Mungkin I lebih suka melihat, menghayati setiap tutur kata you. Your first impression would be, "Ingin saya tegaskan di sini", and I ketawa. I yang dari tadi duduk melihat you, hanya mampu ketawa setelah lama mendiamkan diri. 

Kemudian, I start to talk dengan you. I asked your background family, sort of. We start to talk to each other, secara jujurnya, I suka berkawan dengan you. You tak smoking, I memang suka lelaki yang tak merokok. Bagi I, you memang perfect. Yes, Love is blind. Tak tahu kenapa, I easily fall for you.


When I asked my housemates yang kenal you, sekelas dengan you, they said,

"Dia bagus, tak berkira dengan kawan-kawan".

"Solat pun jaga. Baiklah, memang baik".

"Pengemas".

"Pembersih".

"Proper".


Hello, siapa suka lelaki pengotor dan tak pengemas ? Mana ada! Semua perempuan kalau boleh hendak lelaki macam tu, kan?

Alhamdulillah. Itu yang buat I makin hendak mengenali you. Then, kita mula berjumpa setiap hari, spend time together, berkawan, di saat you susah, I ada. Di saat I susah, you ada. You tak pernah lupa I, I pun tak pernah lupa you. Its like kita tak boleh berenggang. Selepas itu, hubungan kita makin serius. Walaupun kita bukan lagi sepasang kekasih, belum declare as a couple, tapi I cuba mengenali you, sedalam boleh, sekenal-kenalnya.


Sebenarnya, tiada perkataan yang sesuai untuk bagitau pada you tentang kesempurnaan you buat I. You are my Mr. Right, baby. Mungkin adakala I rasa I tak layak untuk you. Mungkin juga I tak sempurna. Sebab I tau, kat dunia ini tiada yang sempurna. But I hope, you realize that, you're the first man that can win my heart, for the whole. 


I know I am egoistic. Orang cakap I was like Ustazah, previously. Setiap orang ada ego, setiap orang ada nilai tersendiri, tapi bila I dengan you, it was like, 'Okay, fine baby'. Semuanya nampak simple as 1,2,3. I kalau boleh tak nak make it complicated. Tak nak hubungan ini jadi rumit. Biarlah ianya membahagiakan dua pihak. Cinta kan melibatkan persetujuan dua hati, dua pihak, menjadikan ianya satu?


Ya, he is perfect. Tiada seorang pun boleh tandingi dia. :)

Yes, siapa yang sanggup ambilkan dragon fly untuk saya, walaupun pada orang lain ianya seolah-olah seperti kanak-kanak? Siapa yang sanggup hantarkan saya ke kelas, walaupun ketika itu dia sedang lena diulit mimpi. Siapa yang masih tersenyum, walaupun hati dia hancur disebabkan kekasih dia lukakan hati dia ? Siapa yang sanggup nyanyikan lagu-lagu sebelum kekasih dia tidur? Siapa yang sanggup tidur, sambil handphone tak 'end call' biarpun sampai pagi? Siapa yang sanggup mencintai saya, sebagaimana dia cintakan saya seikhlas hati dia, walaupun dia tau saya tak sempurna mana, dan jadikan saya sempurna seperti apa yang dia selalu cakap, dan bangga akan saya. Siapa yang rajin baca blog kekasih dia, sampai dia boleh hafal setiap baris kata-kata di dalam blog saya? Siapa yang sanggup susah-payah untuk saya, di saat saya berdepan dengan kesusahan? Siapa yang risaukan saya, bila tidak dapat menghubungi saya di handphone ? Siapa yang selalu prihatin akan pakaian saya, siapa yang selalu tegur dan nasihat saya sebagai seorang muslimah?


Unforgettable moment, bila you solat berjemaah bersama keluarga I, I feel very lucky to have you in my life, baby.


Dear beloved boyfriend, if you read this :


"Hubby, I want you to be my Imam, untuk setiap solat kita. a daddy to our kids yang you bakal azankan kelak, dan membimbing I, as your wife, dalam mengejar redha Ilahi. Amin."



Sepatutnya saya bersyukur kerana dia cintakan saya, seikhlas hati dia.
Maafkan saya, seandainya saya pernah lukakan hati awak.




Much Love,
Elle Nyna.


Friday, December 2, 2011

Tak lama lagi final exam

Salam readers,



Tak lama lagi final. Mood sekarang memang tengah tunggang langgang, rasa macam nak terbalik. Biasalah tu, stress.

International Economics, sepatah apa pun tak faham.
Cross Culture Management, faham sikit-sikit. tak banyak mana.
Fiqh, nota takde. Slides je ada. Buku memang takde. Habis tu? Jawab depends on slide je ke ? OH crap.
BEL Report Writing, finding pun belum siap. T-T lagi 2 weeks kena present. Final Test baru sahaja settle. Tak tahu result nya apa.
International Banking and Investment ?  So-so. No comment.



Apa yang pasti, saya tak rasa saya boleh score untuk International Economics. Paper lain pun macam takde keyakinan, tak macam paper-paper sebelum ini. Example : Tak pergi kelas satu semester, tapi masih yakin untuk jawab. Semester ini, macam, entahlah. I want to comment, but I don't know how to describe it in words. Entahlah.



I miss him. I do miss him. I really do. Dia tahu tak saya rindu dia? Rasa macam nak menangis, sebab subjects semester ini memang susah. Tapi dia asyik cakap saya pandai, pandai, dan pandai. Padahal, the truth is, I'm not! Saya tak pandai pun. :'( Sobsobsob. Ikhlas dari hati saya, saya perlukan dia untuk dengar apa saya nak cakap, saya dah rasa macam tak-boleh-bla dengan subject yang saya tak leh nak score ni. Lecturer tak bagi guideline macam mana nak score paper itu. Nampak sahaja mudah, tapi tak pun. Try to set my mind, IE is easy as 1,2,3. But its not. Trust me. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.


Perjalanan dari Shah Alam - Puncak Alam - Shah Alam, ambil masa selama 40 minit. Kadang-kadang rasa tak kuat untuk tempuh semua ini setiap hari. Tapi saya kuatkan juga sebenarnya. Demi kami. Manakan sanggup berpisah, walaupun seketika. Lumrah bercinta.

Yang buat saya semakin stress, isu Pak Guard. Dah tiga kali saya kena tahan dengan Pak Guard termasuk pagi ini dan dua surat saman saya terima dari Pak Guard. Like SHIT !

"Pelajar ke / Practical?"

Pelajar lah. Jawab aku kerek.

"Mana sticker?"

Yelah, nak pergi ambil lah ni. Tegas aku.

"Betul nak pergi ambil?"

La, betul lah, dah bayar RM2 semalam untuk sticker lah.

"K, jalan". Sambil buat hand gesture, jalan.


Isu sekarang, pertama, kali pertama, saya ditahan. (Tak kisah) Kali kedua, saya ditahan lagi, (masa itu saya dah apply online pun, cuma tak tahu kat mana nak hantar borang itu) BILA SAYA TANYA Pak Guard tersebut, dia cakap, "Itu saya tak tau, pergi tanya kawan-kawan", dia siap bagi last warning, katanya STICKER kena ada pada hari Isnin minggu hadapan. Hello, today is FRIDAY, okay ? That is why saya bad mood. Berapa kali nak saman entah. Takde kerja lah tu. Kalau takde kerja sangat, pergilah kumpul ilmu pengetahuan banyak-banyak, so, next time, bila student tanya "Kat mana nak hantar borang apply sticker", you know where it is. Got it ? -______-"



Sekadar selingan.
Bila difikirkan balik, kenapa ya saya tak pernah suka pakai cincin di jari-jari saya yang kecik ni ? Jawapan mudah sahaja. Saya hendak lelaki yang akan nikahi saya yang akan sarungkan cincin itu di jari saya kelak. HAHA :) Well, perempuan memang sukakan perhiasan, tapi bagi saya, untuk hal berkaitan 'cincin', ianya sesuatu yang bermakna bagi saya, jadi memang saya akan tunggu saat itu. Lebih kuranglah. :P

Sentimental Value.

Bila orang tengok kita pakai cincin, orang akan fikir, kita ini telah bertunang ataupun dimiliki. Hahahahaha. LOL. Banyak gelak pulak. Adoi. Berangan. Ehem.

I love you, F.

Much Love,
Have a great weekend!

Elle Nyna.