Monday, November 28, 2011

Back to Shah Alam.


Hai. Salam readers,

Baru saja sampai. Tired. From Ipoh - KL, ambil masa 3 jam. KL - Shah Alam, about 40 minutes. Assignment report macam salah format sahaja. T-T I don't know. Esok kena refer pada lecturer. 

Yes. Tak lama sahaja lagi dapat berjumpa si dia! Counting days. :) 11 days moreeeeeeeee babyyyy !!
Dia akan balik on Friday, 9/12. InsyaAllah ! SERONOKNYA.


Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran sekali lagi ke hadrat Ilahi. Tak tahu kenapa hari ini terasa hendak berblog berbanyak berkali-kali. Haha. Mind your Language Nyna. Ish Ish. Hari-hari teringat si dia. Harap-harap dia sihat, dan boleh pulang dengan segera. Saya rindu dia. T-T Tak lama lagi saya pula hendak exam, saya kena struggle. Saya tak boleh main-main. Saya kurang serius bila bab belajar. Saya jarang buka buku. Itu silap saya. Sempena Maal Hijrah ini, saya hendak belajar bersungguh-sungguh. Be smart, and be wise! Sunshine saya selalu nasihat saya dan suruh saya belajar, dan rajin buat assignment, tapi entah kenapa saya rasa tiada tenaga untuk lakukan itu semua tanpa dia. CEPATLAH KEMBALI JUMPA SAYA, AWAK. T-T

Akan ada suatu masanya nanti saya akan ceritakan kisah kami. Mungkin bukan tahun ini, tahun depan, entah-entah ada anak seorang baru cerita. Tehehe. InsyaAllah, Amin. :) Kalau jodoh kami panjang (Penuh harapan pula)


Yang pasti, saya sentiasa tersenyum gembira bersama si dia, dan si dia gembira bersama saya.


"Awak miliki senyuman saya."

BETUL-BETUL. Gambar-gambar si dia sebelum ini, semua mana pernah senyum. Dengan saya jer dia senyum macammm tuuuu :) Bertuahnya saya!! :D :D


P/s: Awww. My boyfriend is so handsome. (Ayat saya sebijik macam budak sekolah baru belajar hendak bercinta) Bahahahaha. LOL. ^____^\/ Peace, No war.


LOVE YOU SO MUCH, F.

Much Love,
Elle Nyna.

Tunggang langgang

Salam readers,


Saya accept call from him this early morning. Dia komen tentang Bahasa Malaysia saya yang tunggang langgang, sampaikan dia kurang faham dengan apa saya taip di blog. Sebab utama yang menyebabkan dia berkata begitu, ialah disebabkan ayat saya, contoh :


Entahlah, I rasa buku tentang report format itu ada dalam kereta bonet I.

Kereta bonet ? Bonet kereta lah. (Si dia membalas)


Situasi orang mahu makan di ruang tamu, mungkin mereka berdiri, atau apa saja keadaan yang belum hendak duduk. Contoh ayat :

Adik, duduk makan lah.

Dia membalas : Makan duduk lah.
Semua itu adalah contoh ketandusan bahasa saya yang semakin meruncing. HAHA. Sebelum ini, saya tak notice sangat bahasa saya semakin tunggang langgang. Tak tahu kenapa jadi begitu. Ish Ish Ish. Semuanya begitu spontan. Anyway, thanks to him selalu betulkan bahasa saya. *wink*


Today I am going back to Shah Alam, ya Allah, betul-betul malas hendak balik. T-T Doakan perjalanan kami selamat. Terima kasih.



I love you. Video yang telah saya upload malam tadi, 27-11-2011. Just a review, memory yang akan kekal sampai bila-bila. Video ini juga personally untuk si dia yang melihat, saya tahu dia tengok dan hayati setiap bait-bait yang bermakna di dalam lirik lagu itu. I just know. Ceh :) One more thing, video ini sebahagian daripada aktiviti kami berdua sepanjang 2 bulan kami bersama untuk semester ini. Antaranya, ke Zoo Negara, Times Square, Library PPAS, During his birthday (paling I suka masa you tiup lilin di kek), going back to Ipoh (untuk Hari Raya Eid Adha 2011), to be honest, banyak lagi. Cuma ini sahaja yang sempat saya buat, due to assignment yang a lots !




Much Love,
Elle Nyna.

Sunday, November 27, 2011

Sakit kepala

Salam readers,



Sakit kepala, banyak sangat assignment. I need him. Kalau di saat ini, boyfriend saya ada di samping saya, confirm assignment cepat-cepat saya lakukan, semata-mata untuk keluar dengan si dia. Seriously, kalau bersama dia, aktiviti saya penuh ! Tiada ruang kekosongan yang membuatkan saya berkata, 


"You, I bosan". 


Tak. Takde maknanya hendak bosan kalau si dia ada di sisi saya. Heee:) The most important is, si dia ingat setiap detik kami bersama. I love you.



P/s : Harap cepat siap assignment ini. Esok hendak pulang ke Shah Alam. T-T MALAS. Kan best kalau si dia ada.


Much Love,
Elle Nyna.

9th - 11th day

Salam readers,


Macam biasa. Life masih kosong, seolah-olah tampak kosong. Selalu balik sahaja dari kelas, confirm akan jumpa si pelengkap hari saya, means - Sunshine. Then, bila dia tiada, memang nampak life di Shah Alam, sangat bosan. Seriously!

Then, apa lagi. Drive, pulang ke Ipoh. 

Awesome. Yang tak awesome, semalam, Sabtu, 26-11-2011, Tompok is dead, kena langgar dengan Red Old BMW. Entah. Lain kali, rasanya hendak letak papan tanda, 

'awas, kucing melintas'.


Bagi penggemar kucing seperti saya, kucing itu bukankah binatang kesayangan Rasulullah? Tehehe. Makhluk Allah s.w.t juga betul tak? Kenapalah bawa laju macam orang gila depan rumah saya. Padahal, bukan main road, okay ? Tapi, takpelah. Semoga Allah s.w.t ampunkan dosa dia. Walaupun ianya hanya seekor kucing. Salah dia sebab bawa laju, salah kucing sebab melintas. 


T-T


I love you, F. I do miss you, really do.


Pejam celik, pejam celik. Tak sangka kita sudah menyambut Maal Hijrah 1433 H. Saya berdoa, berharap hubungan saya dengan si dia, berkekalan sehingga ke akhir hayat kami. :) Biasalah, kita mampu berusaha, berdoa, dan sekiranya ia berlaku sebaliknya, itu juga adalah takdir, dan kita sebagai hamba-Nya perlu tawakal, dan redha. Saya berharap, masa depan kami cerah. Ketakutan paling besar ialah competition, persaingan untuk mencari pekerjaan. Tapi saya percaya pada usaha, nasib dan juga rezeki ! Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. InsyaAllah, Amin.


Much Love,
Elle Nyna.

Thursday, November 24, 2011

#7 Sunshine

Salam readers,

Alhamdulillah. Masih ada masa untuk berblog, diberikan sedikit ruang untuk meluahkan apa yang patut. Beberapa hari ini, kehidupan semakin ceria, terasa indah, mungkin kerana si dia yang seakan-akan memahami situasi saya. Dia baik, sungguh. :)


Masih teringat setiap message yang diberikan, buat saya tersenyum sepanjang perjalanan dari pintu UiTM Puncak Alam sehingga sampai di rumah pada malam itu. Lama tak saya senyum ? Yelah, hari Rabu, kelas saya berakhir pada pukul 4 petang, dan perlu membuat assignment yang kena hantar pagi tadi, but I think madam macam bias. Tak suka group kami or, maybe dia macam tahu kami tiada masalah dengan English. So she expects that we can do it well. Whatsoever.


"I love my boyfriend, seriously."


InsyaAllah, kalau ada jodoh saya dengan dia, jodoh kami panjang, dan saya memang telah ditakdirkan untuk bersama si dia, KAMI berdua adalah insan paling gembira. Sebabnya, cinta kami unik. Memang kami betul-betul saling jatuh cinta, setiap hari, setiap saat. 


Kalau difikirkan semula kisah kami, (sila andaikan situasi itu sendiri), he was playing football dengan kawan-kawan dia, then dia nampak saya baru balik kelas, hendak naik tangga flat rumah sewa saya, saya nampak dia, tapi saya tak tengok pun 2 hingga 3 kali. Saya tak focus pun ketika itu. But then, bila kami mengenali hati budi masing-masing, yes, kami akui, ianya bagaikan suatu takdir yang tertulis. We fall for each other, then. But he doesn't tell me that he likes me, love me, or whatever. Kami hanya berkawan, I repeat, berkawan. 



And Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat memiliki cinta dia kerana tak semua perempuan yang sukakan dia dapat miliki cinta dia. I am proud to have him in my life. The most important is, jadi diri sendiri ! Usaha saya, keikhlasan saya, dia nampak, dia hargai, berbaloi, kerana dia juga mencintai saya. Dia tak sia-siakan cinta saya, dia tak permainkan saya, malah hati saya dia jaga dengan baik. Saya pilih dia, sebab saya tahu dia yang terbaik.  :)





Dear Sunshine,
I love you.

 

Much Love,
Elle Nyna


5th - 8th day

Salam readers,


Life ain't easy. Banyak sangat assignment kena settle. I miss him, I do.




Lots of love,
Elle Nyna.

Sunday, November 20, 2011

3rd and 4th day

Salam readers,

Hari ke-3 (19 November) dan juga ke-4 (20 November) tanpa awak.

3rd day - Kepala sakit, perut sakit, dan kepelbagaian sakit. Duduk rumah, tengok bola, tengok sukan SEA, tengok tv, tidur. Makan - kurang.


4th day - (Hari ini) Ikut Nurul ke rumah Mak Long, untuk attend kenduri kahwin. Daripada duduk rumah seorang diri, kesedihan sebab boyfriend I jauh di sana, baik ikut.


Okay, bye.


Much Love,
Elle Nyna

Eid Adha 2011

Salam readers,


Sorry, for the late post for Raya Aidil Adha hari itu. Baru dapat approval to put some photos in here. Alhamdulillah, hari raya kali ini lebih bermakna. Walaupun opah sudah tiada, digantikan pula dengan kehadiran si dia, pelengkap hari saya. Saya gembira dan bahagia, rasa bersyukur, rasa seronok sebab boyfriend saya spend time dengan family saya selama 4 hari, 3 malam. Maaflah, tak sempat hendak bawa awak pergi merata-rata sekitar Ipoh, maybe next time ya?



You tau tak I sayang you? Sebab itu, I datang sini, jumpa family you, untuk kenal family you,....

Ya, I pun sayang you, Fero. :)



Much Love,
Elle Nyna.

Friday, November 18, 2011

2nd day.

Salam readers,

It's Friday. Got test for International Banking and Investment and 5 Questions, then, kena jawab 3 questions only. Kalau tak study, sudah tentu tak boleh jawab. Hari ini hari ke-2 tanpa dia, terasa kosong, menjadikan lagi 22 hari dapat berjumpa dengan si dia. Esok pula 21. Amboi-amboi, rajin sangat mengira ! :)

Hari ini juga duduk rumah seorang diri, Keknis, Fara, semua sudah pulang ke hometown masing-masing. By the way, sebelum si dia pulang hari itu, 16 November, dia belikan Digi Easy! So, free call, free sms, from 12 am - 6 pm. Sangat worth! Sebab sudah jauh, hendak jumpa, lama lagi. Alahai! :'( But its okay.

Thanks, Sunshine,


I do miss him.


Kalau orang tanya siapa best friend awak?
Sudah tentu saya pilih si dia. :)



Alhamdulillah, so far so good. Both of our parents, masing-masing sudah tahu tentang kami. The great news is, mama si dia, siap bluetooth my own photo di handphone and his papa, also, bertanya tentang saya pada si dia. Saya terkejut and excited sebenarnya sebab, saya pelik. Saya belum ada kesempatan dan peluang untuk berjumpa dengan mereka, but they appreciate their son's girlfriend dengan begitu baik sekali. Mama si dia sweet sangat. Macam mama saya. :) Don't you think so? Saya tak jangkakan apa-apa, cuma saya harap, mama and papa si dia, can accept me, just the way I am. I am not so good, I know. I am not a perfect creature. Tapi, saya akan cuba jadi yang terbaik untuk diri saya, dan orang lain yang menyayangi saya.

Saya doakan segalanya berjalan lancar. Mudah-mudahan. InsyaAllah, Amin.

Thursday, November 17, 2011

First day w/o you

1 day.


Bored.


Cepatlah kembali ke Shah Alam. Hati-hati dalam perjalanan awak. I love you so much.

Tuesday, November 15, 2011

9th Month

Salam readers,




Alhamdulillah, hari ini genap 9 bulan kami berkawan, mengenali hati budi masing-masing, dan saling menyayangi antara satu sama lain. Masih ada jodoh, masih lagi berkawan sehingga kini. To be honest, memang susah untuk kekalkan sesuatu hubungan kalau tiada persefahaman dan toleransi. Kalau masing-masing hendak menang, dan ada ego tersendiri, memang susah untuk teruskan sesuatu perhubungan. Saya tidak sangka saya dan dia akan selama ini, insyaAllah, mudah-mudahan jika dipanjangkan jodoh saya dan dia, saya harap saya akan bersama dia sehingga akhir hayat dia. 


Saya bukan baik, bukan juga cantik, perlakuan saya adakala ditegur, tindak tanduk, pergerakan malah perkataan saya adakalanya menjengkelkan orang. Ya, saya tidaklah perfect mana. Mungkin orang ingat saya perfect sebab saya ada kehidupan yang sempurna. Hakikatnya, saya dan kamu semua sama sahaja. Hehe. Memang, saya akui, banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan seharian saya sebagai manusia, tetapi kita semua manusia, sudah menjadi asam garam kehidupan untuk menghadapi konflik yang pelbagai. Namun begitu, setiap konflik yang terjadi menjadikan kita lebih matang dan tabah.




Happy 9 months :)

You, selamat bercuti. Semoga percutian semester kali ini, terbaik buat you. MERDEKA. All the best :D Saya tak cuti lagi, you cuti dah. Cepat-cepat balik Shah Alam, tau.

Much Love,
Elle Nyna

Saturday, November 12, 2011

#6 Sunshine

Salam readers,

Today is Saturday. Everyone knows today is Saturday. Saja mention dua kali tanda penegasan. Hari ini pagi-pagi lagi bangun awal, untuk bersiap ke bengkel kereta. Tapi mungkin 'awal' itu keterlaluan, so, bengkel masih belum dibuka. Ini kali kedua saya servis kereta bersama si dia. Kalau sudah kali kedua, sudah tentu kali pertama bersama dengan Sunshine juga. Tapi paling best, hari ini breakfast tempat lain, yay ! Di NZ Bistro, seksyen 23, inside Carrefour. Sedap. Thanks to you.


Hidup makin stabil, Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, masih diberi kesempatan untuk memberi cinta yang ada, untuk si dia. Lagi beberapa hari sahaja, saya dapat spend time dengan si dia. Dia akan bercuti selama sebulan for a semester break. Yang pasti, hidup saya pasti akan terasa kosong. Saya bukan kaki berjalan kalau tanpa dia, pendek kata, kebanyakan masa saya memang bersama dia. Hari ini juga kami beli tembikai. Tapi saya buat salah. Saya jatuhkan tembikai itu. Tapi saya peluk kemas bear kecil yang dia belikan tadi. Erm, tapi dia tak marah. Dia pura-pura marah.

Lepas dia belikan bear kecil tadi, dia cakap, 'Tiap kali saya pergi mana-mana, saya mesti teringat awak, sebab itu saya akan belikan sesuatu untuk awak". Lebih kuranglah :)


Semalam juga, dia belikan saya bingkai gambar yang simple untuk letak gambar-gambar bersaiz kecil kami bersama. Dia memang manjakan saya, kalau saya merengek macam bunyi ayam seolah-olah ada yang tak kena, dia sabar sahaja melayan karenah saya yang seakan-akan minta perhatian. Bukan menunjuk, cuma ingin saya kongsikan di sini kebahagiaan saya. Saya tahu, akan ada orang yang cemburu, akan ada orang yang dengki, ada orang yang tak suka, tapi ingin saya tegaskan di sini, sebelum kita hendak menerima kebahagiaan, bersedialah untuk merasa kesengsaraan, kerana cinta itu melibatkan hati dan perasaan. Semua orang tahu,  betul ? Kalau tak ready bercinta, jangan ambil risiko kerana cinta memang akan ada yang terluka dan dilukakan. Maafkan saya, seandainya penulisan saya kurang memuaskan hati sesetengah pihak. Seperti artikel-artikel saya yang lepas, saya pernah katakan bahawa kita yang mencipta kebahagiaan kita sendiri. Pedulikan kata orang. Itu sahaja. Kalau nak bahagia, usaha, usaha, doa, dan berserah. Selagi ada cinta, ikhlas, insyaAllah, segalanya berjalan lancar. Kepedihan itu akan terubat dengan kebahagiaan yang terhasil daripada usaha-usaha gigih seorang wanita yang mencintai seorang lelaki. Air mata yang mengalir, walau tidak kelihatan, di saat si lelaki melafazkan kata-kata yang dari dulu wanita itu tunggu, dipanjatkan dengan 1001 kesyukuran,

"Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana dibukakan hatinya untuk aku sepenuhnya." desis hatiku.


Andai itu takdir-Nya. :)

Lupa pulak. Tadi ke Giant, seksyen 7. Dia belikan saya Ice Cream. Apa saja saya tengok, kalau saya teringin, dia akan cuba untuk belikan, sungguh. Terima kasih, sebab jadi lelaki terbaik untuk saya. Walaupun saya tahu, tiada yang sempurna, tetapi saya akan buat awak nampak sempurna, dan awak akan buat saya nampak sempurna :) I am so lucky to have you in my life.



Cukup dengan emosi saya, esok pagi saya akan ke PPAS, library itu sangat amazed me tau tak ? :) Harap segalanya berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan.


Terima kasih,Sunshine.




Much Love,
Elle Nyna.

Terharu

Salam readers,

Subhanallah. Terharu sebentar. Tak sangka pula saya, kisah saya dan Sunshine menjadi hasil penulisan terbaik daripada seorang blogger - Adik Maisara. :)


Terima kasih banyak-banyak tak terhingga. Penulisan adik Maisara sangat terbaik. :) Terus terang saya cakap, saya tak sangka ada orang akan hargai kisah saya dan dia, bagi saya cukup kalau si dia dapat baca apa yang saya luahkan.


Thank you, you made my day.

--------------------------------------------------- * I'm so touched*-------------------------------------------------

SOURCES : Here.
CREDIT : MYSARA NEWRIE

Assalamualaikum

Mata sebenarnya dah mengantuk sangat-sangat since petang semalam. Baru nak tidur, bibik mintak aku tolong dia. Ok tak jadi nak nak tidur. Then pukul 8 malam semalam, baru nak tidur, tetiba terjaga sebab my uncle and my aunt datang rumah along with my cousins. Tak jadi tidur

Tengok Maharaja Lawak Mega tapi tak habis. Online dan sekarang sedang membaca blog seseorang.

I dont know. Aku rasa life dia sangat-sangat perfect. Dia sangatlah cantik orangnya, layak dipanggil kakak oleh aku, sangat-sangat bijak. Die mempunyai parents yang sangat-sangat supportive, hidup yang senang dan adik beradik yang lawa

Tapi yang buat aku terharu dengan dia, dia ada kawan lelaki yang boleh aku kategorikan 'a perfect man'. Sumpah aku cakap. Aku selalu baca entry-entry dia pasal dia dengan kawan lelaki dia

Dia tak declare pun hubungan dia dengan kawan lelaki dia. Dorang tak couple pun. Yuppp ~ Aku pernah rasa macam tu. Sebab bagi dia, tak perlu nak namakan apa hubungan itu kerana yang penting, kita dapat rasakan itu dalam hati. Cuma dia namakan itu sebagai persahabatan antara dua hati. So sweet :)

Dorang dah kenal selama 8 bulan. Tapi sebelum itu, dia selalu stalk kawan lelaki dia ni selama lebih 6 bulan. Sepanjang 6 bulan tu, macam-macam dia buat. Die cakap, memang sakit sebab kena tahan sorang-sorang tapi yang penting dia ikhlas

Dia minat kawan lelaki dia tu bukan sebab dia nak jadikan lelaki tu sebagai pasangan satu hari, satu minggu, satu bulan dan sebagainya tetapi pasangan yang berada di sisi dia sehingga ke akhir hayat die. So sweet ~

Tapi yang buat aku rasa macam suka sangat dengan dia sebab dia cakap pertemuan dia dengan kawan lelaki dia tu adalah takdir Allah yang tentukan. Dia yang pilih lelaki tu untuk menjadi teman hidup dia pada masa yang akan datang. Dia lepaskan ego die sebab dia ikhlas nak kenal dengan kawan lelaki dia tue

Dan alhamdulillah ~ kawan lelaki dia tu terima dia dan dorang happy :) Dia cakap, kalau kita ikhlas sayang dengan seseorang, orang tu akan tak kan ragu-ragu untuk balas sayang kita. Dan penantian dia berbaloi sangat-sangat sebab akhirnya lelaki tu jadikan dia sebagai teman istimewa dia

Dia pernah bertanya dengan kawan lelaki die "Awak menyesal tak berkawan dengan saya?" dan suddenly lelaki tu membalas "Tak ~ Ianya satu anugerah" So sweet ~

Kawan lelaki dia memang sweet ~ Memasak untuk dia bila die tengah sakit, hantar dia pergi kelas bila die kehilangan kawan baik dia. Dia cakap kawan lelaki dia tu layan die seperti dia seorang PRINCESS dan die pernah cakap "how lucky I am to have you in my life"

Dan aku yang membaca cerita dia, rasa sangat-sangat happy untuk mereka. Aku doakan jodoh mereka kelak sehingga ke akhir hayat. Hubungan mereka sangat-sangat jujur dan dia selalu zahirkan perasaan dia dalam blog dan selalu berdoa agar Allah swt lindungi dan kuatkan hati mereka

Jangan gelak ehh kalau aku cakap masa aku tengah taip entry ini aku menangis. HAHA :D Sebab aku yang baca pun dapat rasa kejujuran dalam setiap apa yang dia cakap dan tulis. Aku dapat rasa kan keikhlasan, kesetiaan dan perasaan gembira dia dengan kehidupan dia. Aku cuma happy untuk kehidupan dia

Siapa orangnya? Biar aku sorang yang tahu :')

Ya Allah ~ semoga kebahgiaan hidup itu milik aku suatu hari nanti. Aminn ~



p/s : Request Maisara tentang kisah cinta kami, insyaAllah, ada masa sis write about it okay ? :)


Much Love,
Elle Nyna.

Friday, November 11, 2011

Alhamdulillah

11.11.2011


:)


Satu tarikh yang agak menarik, cantik, terbaik. Spontan. Satu tawaran yang tiada siaran ulangan, sehingga saya sendiri tak sempat record.

Sunshine,
Thank you. I love you so much. 

Terima kasih di atas segalanya, kasih sayang, cinta, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kebaikan, kesabaran, dan kesemuaan ke-ke-ke. You know BM I tunggang-langgang. Hee :) You kawan terbaik yang I pernah miliki, I trust you more than I trust myself. Menjadikan I istimewa dalam hidup you, dalam ramai-ramai perempuan yang you kenal baik, I juga yang you pilih. How lucky I am. Thank you. You baik sangat. Memang baik. Sayang you lah gila ! HAHA. :P





Thanks. Love you my boyfie. ;)

Love <3,
Elle Nyna.