Monday, October 31, 2011

Proper

Salam readers,

Today I would like to blog about appropriate, proper.


Saya suka orang yang proper. Sometimes orang yang ada rupa yang cantik, dari luar kita tengok dia memang superb, perfect, tapi kalau kita pergi directly towards his/ her life, finally, kita baru tahu dia bukan proper orangnya. Cuba anda bayangkan. Cantik/Kacak tapi pengotor, cantik/kacak tapi bukan pengemas? What was that? 


Renung-renungkanlah. Saya malas cakap banyak.


By the way, ada great news. Alhamdulillah, jadual exam si dia sudah berubah. Tak perlu kuarantin. Lega sikit hati. :)


For the time being, saya hendak buat hal sendiri. Tak nak campur hal alien.


Enough said.



P/s : Beruntung sebab boyfriend I seorang yang proper. :)



Much Love,
Elle Nyna.

Saturday, October 29, 2011

Hunger.

Salam readers,

Segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. 
Masih sihat seperti selalu.


Class Investment hari ini cepat dan singkat. Kami macam biasa, datang kelas, memang agak lambat. Tepat 8.50 am baru sampai di hadapan pintu, dengan relax, lupa kelas di mana. Today ada presentation. Sunshine pelik, sebab saya tidak pakai baju formal untuk present. Just wear shirt and jeans. Nurul lagi simple, pakai sandal, shirt, jeans. Heh. Orang lain semua pakai baju kurung. Ish Ish Ish. What's going on.

Hari ini juga, PakGuard bising sebab tiada sticker, dan dia siap warning kalau sticker tiada, kena saman. Jadi, saya baru daftar untuk sticker. Saya harap ianya mudah dan berjalan lancar. Lepas itu, baru nak rasa donut Hanila buat dan jual, PakGuard ambil. Sampai hati. -__-" Bagilah warning dulu, ini terus ambil 14 biji donut Hanila. Cis. I miss UiTM Shah Alam. Seriously.



Esok Sunshine ada kelas (Saturday).


Kesian dia.
Saya doakan supaya dia boleh menjawab peperiksaan dengan tenang. Walaupun ada satu hari dia terpaksa dikuarantinkan disebabkan subject clash, PA and QA. Saya harap orang lain faham, dan tidak akan buat dia stress. 


Lepas masak-masak, saya borak dengan Nurul. Almaklumlah, malam Jumaat macam ini, memang time melepak dan ada sesi bersembang bergosip dan berbagai-bagai. Saya ada 3 test. 2nd, 3rd, and 4th. Test paling susah, sudah tentu International Economics. Saya harap saya boleh buat yang terbaik. InsyaAllah.


Saya harap esok adalah lebih baik daripada hari ini.I love you Sunshine !

Much Love, 
Elle Nyna.



Friday, October 28, 2011

Made me laugh

Salam readers,

Sebelum saya tidur, saya teringat sesuatu. Erm, saya hendak beritahu sesuatu kepada si dia. Sampaikan yer. Saya harap dia baca blog saya nanti.


Sunshine,

Terima kasih sebab layan saya macam PRINCESS. Awak manjakan saya. Best ! You're awesome ! I love you ! Yes, itu saja. Lain-lain, biarlah rahsia. Haha.


P/s : Kaki luka, hujan lebat petang tadi. :'(

Much Love,
Elle Nyna.

Thursday, October 27, 2011

So tired.

Salam readers,

Hari yang memenatkan. I don't know why. Maybe class BEL hari ini bukan subject yang saya gemar, mungkin juga sebab ketidak-menarikan subject tersebut. Previously, I enjoy kelas English. Since I was born, English class memang paling awesome no matter what reason, cikgu garang, cikgu tegas, ataupun cikgu kurang vocab, mahupun lecturer kurang prihatin. Tetap, saya enjoy. But, currently, class BEL this time, kurang menarik minat saya, tak motivate saya langsung setiap kali saya bangun dari tidur untuk ke kelas. In addition, saya ke kelas hari ini, alone. Nurul and I pergi berasingan sebab Nurul got test in the evening. But, so far so good. Tak banyak lori ikut Meru hari ini. 30 minutes from rumah, sampai ke simpang UiTM Puncak Alam, 10 minutes pula masa dari pintu pagar ke fakulti. Habis class, terus siapkan assignment yang perlu dihantar hari ini. Agak memenatkan. Sebab proposal for BEL, report writing nampak very complicated. Nahh, what I've done !


Whatsoever.


Life is awesome. Honestly, kami rindu MidValley, OneUtama, and Sunway Pyramid. Sunshine, good luck for your exam, okay ? Lagi beberapa minggu genap 2 month. Lepas ini, its semester break baby. Confirm kena berjauhan for a month. Cepatlah semester break dia habis, and I'll meet him as soon as possible. 


Pernah satu ketika saya bertanya pada si dia, adakah mengenali saya suatu penyesalan? No. He answered well. He said, "Tak, ianya anugerah." 


Cukup buat saya terharu.


I love you Sunshine.
Thanks for brightening my day.
Take care,
Much Love, 
Elle Nyna.

Tuesday, October 25, 2011

Hello October.

Salam readers,

Semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak, si dia suka nyanyi lagu bintang. Ada 2 kali, saya suruh si dia bawa roti gardenia and kaya untuk saya breakfast before dia pergi ke kelas, because at that moment si dia parking kereta bawah rumah saya, so that, saya boleh buat sendiri, but tengok-tengok dia sudah siapkan semuanya, he brought along the tupperware and also roti yang sudah disiap untuk dimakan begitu sahaja. *Happy*



And the best moment bila si dia bawa saya picnic, sambil makan roti. So sweet. I will never forget those memories.



Saya sayang dia. Sebagaimana sayangnya dia pada saya.



Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk kekal bersama. Ada jodoh, ada. Yang paling penting, saya ada untuk dia, dan dia selalu ada untuk saya. Exam just around the corner. Saya harap awak berjaya ! Jangan jadikan dugaan yang kita hadapi sebagai suatu perkara yang menjadikan kita lemah. Anggaplah kelemahan itu yang menyebabkan kita berjaya. InsyaAllah, berkat usaha, dan kerajinan, juga doa, awak boleh menjawab peperiksaan dengan jaya.


Sunshine,
I love you.
Sungguh.


Life. Hidup kini makin complicated. Banyak masalah, biasalah, kalau tiada masalah, bukan hidup namanya. LOL. Baru selesai Test 1, Fiqh. Thanks to my Sunshine, because dia tolong saya. *Lawak* Balik saja dari Puncak Alam - Shah Alam, sepanjang jalan selepas keluar sahaja dari UiTM, 4 buah lori di hadapan kereta. Bagaimana hendak potong 4 buah lori di hadapan? So, fikir nak selamat. Ikut sahaja. Tepat 11 am sampai Shah Alam, and terus bergegas ke Unisel. Menemani si dia. The whole day was so busy. Tepat 12 am bunyi mercun. Happy Deepavali ! :)




P/s : By the way, semua cerita saya di sini adalah coretan saya sendiri yang saya tulis seikhlas hati saya, adalah untuk makluman anda semua, saya kurang berminat sekiranya, cerita-cerita saya ini menjadi suatu isu mahupun perbalahan ataupun timbul salah faham antara kamu semua. Justeru, ingin saya maklumkan bahawa blog ini ialah blog saya sendiri, ElleNyna, dan ianya berkaitan dengan saya, dia dan sesiapa yang saya kenali rapat sahaja. Saya tidak berminat hendak menulis sebarang cerita bodoh karut atau marut berkaitan sensitiviti masyarakat di luar sana. Saya harap awak semua faham. I record, I write, I remember.


Much Love,
Elle Nyna.

Saturday, October 22, 2011

For you I will.

Tuesday, October 18, 2011

Photos and memory


I love you so much.

Presentation was awesome, alhamdulillah. Next Thursday, ada lagi 1 presentation. Slide tak siap lagi. Perhaps, tomorrow. I want to sleep first. Night everyone.