Wednesday, September 21, 2011

15 September 2011


Hey Sunshine, I love you.

Tak banyak saya hendak update. Puncak Alam memang obviously sucks man ! Tak best langsung. My life is wonderful sebab Sunshine hari-hari bawa keluar jalan-jalan. Dalam seminggu, banyak movie kami tengok. Movie paling teruk, 0.5 star out of 10, Mad Ghost. OMJ. Cerita apa lah tu. Okay, fine. I will update later. Heh.


I LOVE YOU. That's all I can say right now.

Friday, September 9, 2011

Selamat tinggal Ipoh

Salam readers,

I am going to drive alone heading towards Shah Alam sebentar lagi. Entry sebelum tidur.


Tadi makan ikan bawal, lauk tengah hari. Sweet and sour. Teringat Sunshine pernah asingkan tulang ikan untuk saya makan. So sweet. T-T Saya tidak mahir makan ikan, apatah lagi hendak asingkan tulang ikan itu. Dari kecil opah ajar saya makan ayam, okay ? Sampai besar pun, kalau makan ikan, arwah opah akan asingkan tulang ikan itu untuk saya. Terima kasih opah. Terima kasih Sunshine sebab awak layan saya macam budak kecil :) Saya sayang awak tau.


Much Love,
Elle Nyna

Thursday, September 8, 2011

Shah Alam, here I am.

Salam readers,

Esok saya akan pulang ke Shah Alam. InsyaAllah, kalau tiada apa-apa halangan, semuanya berjalan lancar, dan diharapkan perjalanan saya selamat, dijauhkan dari sebarang musibah mahupun kecelakaan. Berat hati juga untuk tinggalkan mama. I am going to miss her. Sobsobsob T-T

All my things are packed nicely. Nice, very nice. 


Okay, bye. Am tired. Shah Alam, wait for me. Eh silap, orang tersayang di Shah Alam, tunggu saya tau.

Much Love,
Elle Nyna.

Wednesday, September 7, 2011

204 days


Salam readers,

First nak gembira, nak senyum pun boleh juga. Alhamdulillah, hari ini genap 204 days kami bersama. Up to 7th month tak lama lagi. Kejap juga masa berlalu. Entah kenapa suka sangat membilang hari, rasanya sebab takde kerja lain. Yelah, its a semester break. No books, no assignment. After this, for sure, kerja bertimbun-timbun dan memang tidak akan ada masa untuk update blog. Lebih-lebih lagi bersama Sunshine, so, semua benda itu akan dikumpulkan dan akan diceritakan ketika cuti nanti.

Hari ini Sunshine ke klinik together with my housemate, KekNis, finally. Kalau tak pergi, memang saya susah hati. I can't sleep well. I will make sure my blackberry betul-betul dekat dengan telinga. I know its not good for our body though when phone getting near us. 

First messages he text me, "Doktor cakap hidup I tak lama dah"

and I replied "Hah?"

And then I called him.

He said that he's fine ! ALHAMDULILLAH. :)

Happy sangat. YOU, I AM HAPPY. I terbayang dah kita pergi jalan-jalan. YEY YEY YEY. :D :D :D
Thank you Allah s.w.t for this good news. Thank you Allah. 




2nd, berat sungguh hati hendak ke Puncak Alam this new semester. Jiwa saya lebih suka di Shah Alam. Dekat pun dekat, kalau tertinggal buku boleh patah balik. Nak jumpa lecturer pun mudah. Walaupun ianya banyak bukit, dan cepat menghabiskan minyak, bak kata Sunshinelah kan, dan susah untuk cari parking, tapi UiTM Shah Alam tetap dihatiku. Dahlah kami last batch di UiTM Shah Alam, International Business, apa salahnya biarkan kami semua tamatkan saja semua semester di situ. Saya memang takkan pindah ke hutan itu. Banyak sangat binatang-binatang yang memiliki nilai estetika di situ. Mungkin ada buaya, mungkin ada ayam hutan, kan kan ? Lagipun kalaulah kampus saya di Shah Alam lagi, anything happen to Sunshine, insyaAllah saya cepat dan segera tolong. Kini, saya jauh. Yang saya mampu, hanya berulang-alik, asalkan dapat tengok muka dia pun jadilah. >_< Harap-harap, tak jadi apa-apa pada saya. InsyaAllah, amin. Well, good luck Elle Nyna !


P/s : Sunshine, I nak gambar raya you, boleh tak ? PLEASE. Thank you !

Much Love,
Elle Nyna.

Tuesday, September 6, 2011

Sembuhlah cepat !

Salam readers,

Semoga awak cepat sembuh, tolonglah jaga diri awak sementara tunggu saya datang Jumaat ini. Pleaselah Sunshine. Please, tolong jaga diri awak. Saya sayang awak sangat. I don't want to lose you.

Please T-T

 




Much Love,
Elle Nyna.

Monday, September 5, 2011

Sederhana

Salam readers,

Maybe am too loud in spreading and showing my love towards somebody. I can call it obsession. He's my obsession. I don't bother what people thought about me. My blog, its mine. If you don't like it, don't read it. Sekali lagi aku tegaskan di sini, this is my blog. If you unable to put up with it, you may go and click 'X' or 'Close'. Remember that.

I write. I record. So that, I can remember.

Furthermore, I write because this is my passion for my obsession. You know, people will blog what they love, what they like. Is it wrong? Okay, maybe I am too much in showing my love. Semua orang ada cerita masing-masing. Kita menghargai orang itu selagi kita masih ada untuk dia, dan dia ada untuk kita.  As for me, appreciate what you got now. It is better than you appreciate them once they're not with us anymore.


P/s : Alhamdulillah, sunshine selamat sampai.

Much Love,
Elle Nyna

Sunday, September 4, 2011

#5 Sunshine

Salam readers,

Today I feel like am going to have a fever. Oh no. I am going back to Shah Alam on Friday, and I feel like I am sick right now. Actually baby, I can't wait to be there and meet him. I miss him a lots. Genap 1 bulan dan 9 hari tidak jumpa. Last jumpa the day before we start our fasting month. Seriously, saya risaukan keadaan dia yang tak menentu. Macam mana dia nak balik esok, dalam keadaan yang tidak sembuh sepenuhnya, dengan kepala yang sakit, batuk, suhu badan yang tak menentu. Hmph.  I don't know. Saya harap saya ada di sisi dia, dan boleh jaga dia. Tapi, saya tak dapat tolong dia pun. You, am sorry okay ? T-T

First thing yang harus saya bawa ke Shah Alam, sudah tentu akuarium milik Sunshine, and rak kecil yang saya belikan untuk dia hari itu. Yang selebihnya, barang-barang saya. Banyak ke tak banyak, belum pasti lagi. Sebab belum susun. Malas sangat. Bila sudah sampai Shah Alam, I think I want to go to dental clinic. Not for me, but for him. 

And I need to make sure and remind him about his financial statement on fees. Almaklumlah, kita kena double check. Ada outstanding balance, padahal, dia sudah habis bayar ? Condition keadaan kereta dia pula, esok pagi buta kena bangun untuk service bahagian brake. >_< SAFE JOURNEY SUNSHINE.

Okay, tak banyak hendak update. Baru lepas makan ubat batuk. Musim barangkali. Get well soon diri sendiri. Hehe :)



P/s : Jaga diri baik-baik.

Much Love,
Elle Nyna.

; Alhamdulillah

Salam readers,

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, di saat aku menaip, hari ini hari ke-8 progress Sunshine regarding his symptoms of dengue. Bak kata doktor, ada penambahan platlet si dia. Harap-harap dia cepat sembuh. Memandangkan semalam saya mengalami kesakitan perut yang memang sakit, mungkin sebab hanya makan Laksa dan Macaroni di rumah Loretta Leen. Just imagine, lepas itu tak makan apa-apa. Memang sakit perutlah, kan ? But its okay. Yang tak okay, bila saya sengaja cari pasal dengan Sunshine. Mungkin sebab lama sangat tak gaduh, eceh, bahagia lah kononnya. To be honest, memang bahagia. He's the one who brighten my day so far, kan. Thank you Sunshine. Terima kasih juga buat semua orang yang doakan saya dan dia berbahagia. Saya dan dia juga turut berdoa yang kami akan terus bersama. Well, semalam, mama masak ayam percik, nasi ayam, sup cendawan, bihun goreng. Seriously, my mum's cook memang the best. So this early morning, mama and daddy akan hantar my-soul-sister, adik saya, ke UTM, Jalan Semarak semula. Takut jalan sesak. today is Sunday, baby. 


Saya ada benda nak luahkan di sini. Kejadian pada bulan May yang lepas, telah mengajar saya erti persahabatan. Bagaimana sebuah ikatan persahabatan itu boleh dimusnahkan hanya kerana fitnah. Bahana fitnah. Orang cakap, kita perlu berdiam diri. Lama sudah saya berdiam diri, diperlakukan itu dan ini, bersabar, dan sebagainya. Hanya Sunshine yang tahu apa perasaan saya ketika itu. Jadi, di sini ingin saya mohon seribu kemaafan daripada awak, Yana untuk segala ke'terasa'an hati, terkilan, dan sebagainya. Na tak mahu cakap apa-apa dah. Let bygones be bygones.  If you read my blog honey, I want you to know that, I am sorry for everything, and I forgive you for whatsoever left behind. Let's move on.






******

Buat Yellow Sunshine saya.

Dear Sunshine,

Terima kasih. SERIOUSLY You are my sunshine. No matter what. I tahu I bukan perempuan alim mahupun baik seperti malaikat juga cantik persis bidadari. Apa yang I miliki cuma sekeping hati, yang telah membuat you sendiri jatuh sayang pada I. *Wink* I geli la taip macam ini. Okay tukar. Thanks to you. Untuk selama 6 bulan, which InsyaAllah, akan bertukar ke 7 bulan, coming soon, jika jodoh masih tertulis untuk kita, terima kasih tak terhingga, sebab you selalu ada untuk I. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui betapa sayang dan cintanya I pada you. I bet you pun akan rasa begitu pada I.

I minta maaf, terpaksa ketuk tingkap rumah you bangunkan you untuk hantar I ke kelas beberapa kali, malah banyak kali sebenarnya, I ganggu tidur you. Sedang you enak menjamu selera dengan tidur yang berlebih-lebihan, I minta kawan I, Alia untuk miscall you asked you to fetch me at the faculty. Maaf, susahkan you. I tak boleh lupa, perkara-perkara yang you cuba buatkan I tersenyum semula di saat I tiada BFF I, seolah-olah you pula yang menjadi BFF I ketika itu. Ya, betul cakap you. Dalam sesuatu perhubungan, bukan sekadar sayang dan cinta, tetapi ianya juga melibatkan persahabatan antara dua insan yakni lelaki dan wanita. I paling suka you hantar I ketika I exam QMT, paper calculation ketika itu. I rasa bersemangat untuk jawab paper itu, dan tak sabar untuk habiskan cepat-cepat supaya dapat jumpa you semula, and tunggu you ambil I. Thank you sebab selalu on-time, selalu tiba tepat pada masanya. I tahu you tak suka menunggu, dan you akan bertukar menjadi HULK bila you menunggu terlalu lama. Kemudian, the best moment bila I minta you check kan result I, and you exactly buat I terkejut tentang result I. Alhamdulillah. You patut tahu, I tak sangka I dapat buat yang terbaik untuk paper itu, I tak study, dengan kaki I terseliuh ketika ke kelas, kereta I dicalarkan, semua masalah yang ada, menjadikan result I begitu berharga buat I. Memang ketika itu, sebelum dan selepas paper itu, I berniat sekiranya I dapat 4 flat, semua ini berkat I dengan you. Sebab itu, I terharu sangat dengan result I. You, terima kasih sebab selalu back up I, I bersyukur. You selalu jaga I, tetapi I sendiri lalai dan leka tentang apa yang patut dan tak patut dalam kehidupan seharian I selama ini. Terima kasih, hadir dalam hidup I, memberi I guideline, menjadi lampu suluh I, untuk membawa diri I bagaimana sepatutnya. Yes, Islam is the way of life. I akur. Sempena 7 bulan usia persahabatan kita, I harap you berjaya dalam apa jua perkara yang you lakukan, demi masa depan you, dan masa depan kita, InsyaAllah. Amin. I tahu kita tidak boleh mengawal masa depan, tapi kita boleh berusaha ke arah itu kan you ? I harap kita bersama-sama mengubah diri supaya menjadi lebih baik to each other. Kita tidak mencari kesempurnaan, tetapi kita percaya Allah s.w.t sentiasa bersama dengan orang yang melakukan kebaikan dan yang sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.


P/s : Andai itu takdir-Nya. (: Bersyukur.



Much Love,
Elle Nyna.

Saturday, September 3, 2011

; stomachache

Salam readers,

3 kali saya pergi toilet hari ini. What-to-do. *Sigh* Sakit perut sangat. Tak nak mengadu kat Sunshine, sebab dia pun tengah sakit. Sunshine text me, dia cakap badan dia sudah mula ditumbuhi bintik-bintik merah, platlet berkurang, white-blood-cells increase. I am worried. Kalau beraya, confirm blackberry mesti ada di tangan. Take a look all photos of mine. Semua dekat dengan handphone. Sudah genap 7 hari Sunshine demam. Semoga dia cepat sembuh. 

Bila Sunshine sakit, saya pun tiada mood hendak balik Shah Alam, confirm si dia tak larat drive due to his poor health. Akuarium Sunshine telah saya cuci. Esok pagi hendak pindahkan semua ikan-ikan Sunshine ke dalam kolam, sebab mama nak cuci akuarium. Agaknya, ikan apa hendak Sunshine beli nanti ya ? 

Best kalau dapat seekor dolphin yang comel muatkan di dalam akuarium kecil Sunshine. *Angan-angan* Saya suka dolphin sebab comel. Bunyi dia pun comel. Lepas itu kan, kalau ada dolphin warna pink, sangat cute jugak kan ? Hehe.

Okbai.





Much Love,
Elle Nyna.


Friday, September 2, 2011

Cepatlah sembuh !

Salam readers,

Buat My Yellow Sunshine tersayang, sudah tentu bukan Yellow-Pages. Saya harap awak cepatlah sembuh ya. Saya rindu awak. Rindu awak ketawa-macam-orang-jahat, rindu awak buat saya marah, rindu awak nyanyi lagu Yang Terindah, rindu-serindu-rindunya ! Rindu sangat. Jadi, saya doakan awak cepat sembuh, cepat sihat, agar kita boleh berjumpa minggu hadapan. Saya sayang dan cinta awak, macam selalu.



Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia. Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu. Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?
Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah. Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.

Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.

Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.



P/s : Diberkati dan diredhai, InsyaAllah. Amin.


Much Love,
Elle Nyna.

Thursday, September 1, 2011

2nd and 3rd Syawal.

Salam readers,

Hari ini hari ketiga beraya. Gambar di atas, 2nd day of raya. Sunshine masih sakit. Hari ini 2 kali darah dia diambil. Esok sekali lagi darah dia akan diambil. Hmph. I hope it was not dengue. Get well soon. Risau sangat. 5 hari sudah demam dia. Ya Allah, sembuhkanlah dia. Amin.




Today's photo.

Gambar-gambar lain, di Facebook. Okbai.


Much Love,
Elle Nyna.


P/s : GET WELL SOON MY SUNSHINE . SAYA SELALU DOAKAN AWAK